Ini satu lagi kisah yang agak pelik berlaku di China. Bayangkan kerana sayang pada isteri yang menderita akibat dengkurannya ketika tidur, seorang doktor sanggup membedah lidahnya sendiri.
Dr Zhang Xiangmin melakukan pembedahan menakjudkan dengan memasukkan dua gelung kecil di bawah lidahnya. Kini selepas tiga bulan, Dr. Zhang menyifatkan pembedahan itu sebagai satu kejayaan.
Malah, menurutnya pembedahan yang dijalankan itu tidak akan menjejaskan percakapan dan fungsi lidah untuk makan. Beliau percaya masalah dengkur berlaku akibat apnoea iaitu saluran pernafasan di tekak tertutup berulang kali semasa tidur. Apnoea juga merupakan faktor risiko kepada keadaan yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung dan kadar kolestrol tinggi.